Friday 10 June 2011

MAPS.....

Lokasi Homestay...

1. Keluar melalui Exit Tol Yong Peng Utara.

2. Daripada Plaza Tol, , belok ke kanan (menuju ke Bandar Batu Pahat).

3. Teruskan pemanduan sehingga anda terjumpa dengan traffic light yang pertama, terdapat Stesyen Minyak MOBIL sebelum traffic light tersebut. (jarak sehingga traffic light tersebut kira-kira 10 km daripada Plaza Tol)
    
4. Belok ke kiri di traffic light tersebut (anda kini berada di Pekan Parit Yaani, Batu Pahat).

5. Teruskan pemanduan kira-kira 4 km daripada pekan tersebut, (jangan masuk mana-mana simpang yer..) anda akan sampai di HOMESTAY KAK NAB & HJ. FADZIL....



Berikut adalah Peta ke Lokasi...call saya jika anda sesat yer..:)








Wednesday 8 June 2011

MORE PHOTOS....

Feel free untuk tengok-tengok yer....


Homestay ini terletak di kampung yang sunyi, sesuai kepada sesiapa yang ingin berehat, mencari ketenangan dan lari dari kebisingan di bandar...


Kepada mereka yang hidup di kota dan ingin merasai suasana kampung, amat sesuai untuk menyewa homestay ini...untuk rumah sebesar ini, dengan harga RM200 adalah sangat berbaloi..


Kepada yang berminat sila hubungi saya Razak, Tel : 0127597144 atau email ke : abdrazakfadzil@yahoo.com...


HALAMAN





GARAJ NO 2 (belakang rumah)



GARAJ NO. 1




BERANDA


HALL NO. 1






HALL NO. 2




ROOM NO. 1




ROOM NO. 2



ROOM NO. 3




ROOM NO. 4



BILIK SEMBAHYANG


HALL NO. 3



KITCHEN + FRIDGE





Emm.....


SCENERY....







Thanks for watching...:)

Sunday 5 June 2011

BREAKFAST, LUNCH & DINNER...

Salam tuan-tuan...


Please be informed that harga penginapan RM200 tidak termasuk breakfast, lunch or dinner..


Anyway, kami boleh menyediakan set BREAKFAST, LUNCH & DINNER mengikut kehendak anda...dengan harga yg sangat berpatutan + murah :)...


Untuk BREAKFAST kami mencadangkan Nasi Lemak, Nasi Goreng, Mee Goreng, Lontong + lauk pauk spt ayam goreng, sambal sotong, sayur dan sebagainya...


Untuk LUNCH & DINNER kami mencadangkan dish yang popular di kalangan masyarakat jawa iaitu NASI AMBENG....ape pun..terpulang kepada anda...harga boleh kita bincangkan kemudian mengikut budget anda...jangan risau, ianya sangat-sangat berpatutan :)...Untuk maklumat lanjut sila telefon saya 012-7597144..




Ok..talking about MAKAN..mari kita tengok apa BATU PAHAT leh offer kita sbg syurga makanan..heheh...




Beriani Gam Mat Shah


Beriani Gam Mat Shah terletak di bandar Batu Pahat..or lebih tepat lagi di benteng Peserai, Batu Pahat...kiranya anda ke bandar Batu Pahat..benteng ni terletak di sebelah Sungai Batu Pahat..kiranya anda hendak ke Muar dari Bandar Batu Pahat..anda akan dapat lihat kedai makan benteng ni di sebelah kanan sebaik sahaja melintasi Sungai Batu Pahat..emm lagi mudah..tanyer saja di mana kedai makan Benteng..mesti semua orang tau...


Terdapat pilihan Beriani Ayam, Kambing dan Daging dengan harga yang sangat berpatutan..last time saya pergi sepinggan berharga RM4.50 (sekarang tak sure lak berapa) ..but pastikan anda datang sebelum jam 12 tengahari yer coz biasanya ia abis awal esp hari minggu & hari cuti...rasanya ??? emm..cuba dulu baru tau...dengan harga semurah tu berbanding KL..elok rasanya anda cuba 2 - 3 pinggan !!!

Kalau dah order Nasi Beriani jgan lupa order sekali air sirap bandung yer...:)








Asam Pedas Batu Pahat


Sebenarnya banyak pilihan kedai makan yang menyediakan masakan asam pedas di Batu Pahat..klu anda tanyer saya, saya cadangkan anda cuba asam pedas di hadapan panggung lama Rex di Bandar Batu Pahat...sekiranya anda tidak pasti di mana..ianya berdekatan Dewan Jubli Intan Batu Pahat ataupun di hadapan BP Walk....banyak pilihan ikan di situ like ikan merah , pari dsb..harganya pun berpatutan...


Ok guys..cukup setakat ni dulu..kepada peminat soto, mee bandung, meehun sup dan lain-lain...saya akan update dalam entery akan datang yer...


Chow.....

Wednesday 1 June 2011

HOMESTAY DI KG. PARIT YAANI, BATU PAHAT, JOHOR...

Assalamualaikum semua....terima kasih kerana singgah di blog HOMESTAY KAK NAB & HJ. FADZIL ini...blog ini dibuat khusus kepada mereka yang sedang mencari homestay atau penginapan di Batu Pahat....khususnya kepada rombongan perkahwinan ataupun sebarang lawatan dalam jumlah yang ramai....

Kami menyediakan sebuah rumah penginapan yang sangat luas di alamat seperti berikut:-

                        
                         HOMESTAY KAK NAB & HJ FADZIL
                      NO. 101, KAMPUNG PARIT YAANI TENGAH
                    83710, BATU PAHAT, JOHOR.

                 TEL : 012-7597144





                                                                 









KEMUDAHAN....

Ruang dalaman homestay ini adalah sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 40 orang dalam satu masa [tu kena bawa toto/tilam sendiri la ye :) ]...jangan risau tentang kebersihan coz ia sentiasa dijaga kebersihannya....


Terdapat 3 bilik dengan setiap satu mempunyai aircond dan kipas berasingan. Ruang tamu juga dilengkapi dengan satu unit aircond. Lantai rumah juga dilapik karpet yang memenuhi 80% kawasan dalam rumah. Kemudahan lain disediakan seperti berikut :-

  1. 2 Bilik air
  2. 1 unit television
  3. Dapur memasak
  4. Sinki
  5. Cerek air
  6. 3 Unit Katil
  7. Bantal
  8. Meja Solek
  9. Kipas Angin
  10. 2 unit set sofa (ruang tamu)
  11. Meja makan
  12. Kemudahan Barbeque (upon request)

Di bahagian luar pula, satu set meja batu disediakan di beranda untuk pengunjung berehat. Turut disediakan sebuah garaj yang boleh memuatkan 2 buah kereta.  Homestay ini juga mempunyai halaman yang luas ..so parking bukanlah masalah yer :)...

HARGA....

Harga bagi penginapan 2 hari 1 malam adalah sebanyak RM200.00...harga ini sangat berbaloi bagi penginapan untuk keluarga yang besar berbanding tido di hotel...



LOKASI...

Homestay ini terletak di Kampung Parit Yaani, Batu Pahat, Johor, kira-kira 25 km daripada bandar Batu Pahat. Exit lebuhraya terdekat adalah melalui exit Yong Peng Utara dalam jarak kira-kira 10 km. Jarak daripada exit Air Hitam pula adalah kira-kira 20 km.


HUBUNGI SAYA UNTUK TEMPAHAN....

Untuk tempahan sila hubungi saya ABD. RAZAK FADZIL , Tel : 012-7597144...sebarang pertanyaan juga boleh dibuat ke email:   abdrazakfadzil@yahoo.com.....






Satu lagi perkara menarik adalah..homestay ini terletak di sebuah kampung yang sunyi dan tenang..sangat sesuai kepada mereka yang ingin mencari ketenangan...

TERIMA KASIH....