Sunday 5 June 2011

BREAKFAST, LUNCH & DINNER...

Salam tuan-tuan...


Please be informed that harga penginapan RM200 tidak termasuk breakfast, lunch or dinner..


Anyway, kami boleh menyediakan set BREAKFAST, LUNCH & DINNER mengikut kehendak anda...dengan harga yg sangat berpatutan + murah :)...


Untuk BREAKFAST kami mencadangkan Nasi Lemak, Nasi Goreng, Mee Goreng, Lontong + lauk pauk spt ayam goreng, sambal sotong, sayur dan sebagainya...


Untuk LUNCH & DINNER kami mencadangkan dish yang popular di kalangan masyarakat jawa iaitu NASI AMBENG....ape pun..terpulang kepada anda...harga boleh kita bincangkan kemudian mengikut budget anda...jangan risau, ianya sangat-sangat berpatutan :)...Untuk maklumat lanjut sila telefon saya 012-7597144..




Ok..talking about MAKAN..mari kita tengok apa BATU PAHAT leh offer kita sbg syurga makanan..heheh...




Beriani Gam Mat Shah


Beriani Gam Mat Shah terletak di bandar Batu Pahat..or lebih tepat lagi di benteng Peserai, Batu Pahat...kiranya anda ke bandar Batu Pahat..benteng ni terletak di sebelah Sungai Batu Pahat..kiranya anda hendak ke Muar dari Bandar Batu Pahat..anda akan dapat lihat kedai makan benteng ni di sebelah kanan sebaik sahaja melintasi Sungai Batu Pahat..emm lagi mudah..tanyer saja di mana kedai makan Benteng..mesti semua orang tau...


Terdapat pilihan Beriani Ayam, Kambing dan Daging dengan harga yang sangat berpatutan..last time saya pergi sepinggan berharga RM4.50 (sekarang tak sure lak berapa) ..but pastikan anda datang sebelum jam 12 tengahari yer coz biasanya ia abis awal esp hari minggu & hari cuti...rasanya ??? emm..cuba dulu baru tau...dengan harga semurah tu berbanding KL..elok rasanya anda cuba 2 - 3 pinggan !!!

Kalau dah order Nasi Beriani jgan lupa order sekali air sirap bandung yer...:)








Asam Pedas Batu Pahat


Sebenarnya banyak pilihan kedai makan yang menyediakan masakan asam pedas di Batu Pahat..klu anda tanyer saya, saya cadangkan anda cuba asam pedas di hadapan panggung lama Rex di Bandar Batu Pahat...sekiranya anda tidak pasti di mana..ianya berdekatan Dewan Jubli Intan Batu Pahat ataupun di hadapan BP Walk....banyak pilihan ikan di situ like ikan merah , pari dsb..harganya pun berpatutan...


Ok guys..cukup setakat ni dulu..kepada peminat soto, mee bandung, meehun sup dan lain-lain...saya akan update dalam entery akan datang yer...


Chow.....

No comments:

Post a Comment