Wednesday 1 June 2011

HOMESTAY DI KG. PARIT YAANI, BATU PAHAT, JOHOR...

Assalamualaikum semua....terima kasih kerana singgah di blog HOMESTAY KAK NAB & HJ. FADZIL ini...blog ini dibuat khusus kepada mereka yang sedang mencari homestay atau penginapan di Batu Pahat....khususnya kepada rombongan perkahwinan ataupun sebarang lawatan dalam jumlah yang ramai....

Kami menyediakan sebuah rumah penginapan yang sangat luas di alamat seperti berikut:-

                        
                         HOMESTAY KAK NAB & HJ FADZIL
                      NO. 101, KAMPUNG PARIT YAANI TENGAH
                    83710, BATU PAHAT, JOHOR.

                 TEL : 012-7597144





                                                                 









KEMUDAHAN....

Ruang dalaman homestay ini adalah sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 40 orang dalam satu masa [tu kena bawa toto/tilam sendiri la ye :) ]...jangan risau tentang kebersihan coz ia sentiasa dijaga kebersihannya....


Terdapat 3 bilik dengan setiap satu mempunyai aircond dan kipas berasingan. Ruang tamu juga dilengkapi dengan satu unit aircond. Lantai rumah juga dilapik karpet yang memenuhi 80% kawasan dalam rumah. Kemudahan lain disediakan seperti berikut :-

  1. 2 Bilik air
  2. 1 unit television
  3. Dapur memasak
  4. Sinki
  5. Cerek air
  6. 3 Unit Katil
  7. Bantal
  8. Meja Solek
  9. Kipas Angin
  10. 2 unit set sofa (ruang tamu)
  11. Meja makan
  12. Kemudahan Barbeque (upon request)

Di bahagian luar pula, satu set meja batu disediakan di beranda untuk pengunjung berehat. Turut disediakan sebuah garaj yang boleh memuatkan 2 buah kereta.  Homestay ini juga mempunyai halaman yang luas ..so parking bukanlah masalah yer :)...

HARGA....

Harga bagi penginapan 2 hari 1 malam adalah sebanyak RM200.00...harga ini sangat berbaloi bagi penginapan untuk keluarga yang besar berbanding tido di hotel...



LOKASI...

Homestay ini terletak di Kampung Parit Yaani, Batu Pahat, Johor, kira-kira 25 km daripada bandar Batu Pahat. Exit lebuhraya terdekat adalah melalui exit Yong Peng Utara dalam jarak kira-kira 10 km. Jarak daripada exit Air Hitam pula adalah kira-kira 20 km.


HUBUNGI SAYA UNTUK TEMPAHAN....

Untuk tempahan sila hubungi saya ABD. RAZAK FADZIL , Tel : 012-7597144...sebarang pertanyaan juga boleh dibuat ke email:   abdrazakfadzil@yahoo.com.....






Satu lagi perkara menarik adalah..homestay ini terletak di sebuah kampung yang sunyi dan tenang..sangat sesuai kepada mereka yang ingin mencari ketenangan...

TERIMA KASIH....


1 comment: